Berita

  • 14 lagi maut banjir di Assam, India

    Empat belas lagi kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir akibat banjir yang bermula awal bulan ini di negeri Assam di timur laut India, menurut pegawai pada Jumaat, lapor Anadolu.

    Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri dilapor berkata jumlah kematian mencecah 61 orang.

    Kematian baharu dilaporkan di tiga daerah, dengan Charaideo melaporkan tujuh.

    Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma dilapor berkata, keadaan terus suram dengan hampir 1.1 juta orang terjejas di lebih 2,000 kampung.

  • Iran kata serangan Ukraine ke atas vesel komersial Iran di Laut Kaspia, 1 kelasi maut

    Kementerian Luar Iran pada Sabtu mengutuk serangan Ukraine ke atas kapal dagang Iran di Laut Kaspia yang membunuh seorang kelasi dan mencederakan seorang lagi, menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran” Piagam PBB dan tindakan “pencerobohan”, menurut berita Xinhua.

  • 5 maut nahas lebuh raya di selatan Peru

    Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pada Sabtu dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan penumpang dan sebuah trak kargo ringan di wilayah selatan Tacna, Peru, menurut berita Xinhua memetik media tempatan.

    Kemalangan itu berlaku sekitar jam 5:30 pagi waktu tempatan di lebuh raya dekat Campo de la Alianza, apabila sebuah bas antara wilayah berlanggar dengan kenderaan penumpang antara bandar dan trak terbabit, Xinhua memetik laporan stesen radio swasta Exitosa.