Masjid di Belanda diserang, aduan difailkan

Sekumpulan orang menyerang sebuah masjid di Rotterdam semalaman, kata Yayasan Islam Belanda (ISN) pada Jumaat, menurut berita Anadolu.

Masjid Mevlana telah dirosakkan oleh enam pelaku yang tidak dikenali sekitar jam 2240GMT, kata ISN dalam satu kenyataan, menurut Anadolu.

Dinding mozek masjid dilaporkan telah dirosakkan (vandalize) sementara pelaku membaling botol bir ke arah bangunan dan membuang air kecil ke bahagian hadapan.

Menurut Anadolu, kenyataan itu menyatakan pegawai masjid berulang kali menghubungi polis, tetapi pegawai hanya tiba selepas penyerang meninggalkan kawasan itu.