Netanyahu kata tentera Israel mara melepasi Sungai Litani di Lubnan

Perdana Menteri Israel Netanyahu berkata tentera Israel telah mara melepasi Sungai Litani di selatan Lubnan, menurut berita Al Jazeera.

“Pasukan kami melintasi Litani, dan mereka mara ke kawasan yang mendominasi,” lapor Al Jazeera memetik The Times of Israel, memetik Netanyahu sebagai berkata semasa melawat tentera dekat sempadan.

Perdana menteri Israel juga dilapor berkata, tentera Israel beroperasi di Beirut, Lembah Bekaa dan “di seluruh barisan hadapan”.