Pasukan Israel menjalankan siri serangan udara baharu di selatan Lubnan, menyasarkan pekan al-Baisariyah, as-Sarafand dan Khirbet Selm, menurut berita Al Jazeera memetik Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.
Di samping itu, serangan Israel menyasarkan sebuah motosikal yang bergerak di jalan dekat al-Abbassieh, menyebabkan kecederaan, lapor Al Jazeera memetik agensi itu.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pada Jumaat dalam serangan udara Israel yang menyasarkan pekan-pekan di selatan Lubnan, lapor Al Jazeera.
