Berita

  • 2 maut runtuhan bangunan Delhi

    Dua orang maut dan tujuh lagi cedera apabila sebuah bangunan bertingkat runtuh di kawasan Satya Niketan di selatan Delhi pada Ahad, menurut berita Xinhua memetik pegawai polis tempatan.

    Bangunan itu runtuh sekitar jam 1:30 petang ketika kerja pembaikan dijalankan di ruang bawah tanah.

  • 5 maut nahas pesawat kargo Amazon di lapangan terbang Miami

    Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo Amazon terbabas di landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada Ahad, kata pihak berkuasa, lapor berita Xinhua.

    Kemalangan itu berlaku pada jam 1:58 petang waktu tempatan (1758 GMT), Syerif Daerah Miami-Dade, Rosie Cordero-Stutz dilapor berkata pada sidang akhbar.

    Lima orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan, menurut Datuk Bandar Daerah Miami-Dade, Daniella Levine Cava, lapor Xinhua, rakaman video menunjukkan asap tebal berkepul-kepul dari pesawat itu.

    Menurut Xinhua, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata, Penerbangan Udara 7598 terbabas di landasan selepas mendarat di lapangan terbang sekitar jam 2 petang Waktu Timur (1800 GMT) pada Ahad.

    Pesawat itu, sebuah pesawat kargo Boeing 767-300, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Luis Munoz Marin di San Juan, Puerto Rico, kata agensi itu, sambil menambah bahawa siasatan akan dijalankan.

    Pesawat itu “mengalami insiden semasa cuba mendarat,” kata jurucakap Amazon, Kelly Nantel, dalam kenyataan FAA, lapor Xinhua.

    “Ini adalah situasi yang pantas dan kami masih mengumpul butiran.”

  • 4 maut, 20 cedera serangan Israel di selatan Lubnan

    Empat orang terbunuh, 20 lagi cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan pada pagi Ahad, menurut berita Xinhua memetik angka awal dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Lubnan.

  • Sekurang-kurangnya 21 maut nahas bas di Cabo Verde

    Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh selepas sebuah bas yang membawa pelajar terbabas dari jalan raya dan terjunam kira-kira 30 meter di Pulau Fogo, Cabo Verde pada petang Sabtu, lapor berita Xinhua memetik seorang pegawai perlindungan awam tempatan.

  • Angka maut banjir kilat Nepal-China meningkat kepada 1,362, pencarian diteruskan untuk 5,531 orang hilang

    Jumlah kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur di sepanjang sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,362 pada Sabtu, manakala 5,531 orang masih hilang 10 hari selepas bencana itu melanda, menurut data rasmi, lapor Anadolu.

    Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal berkata 1,331 orang terbunuh, manakala 5,000 yang lain, termasuk 589 warga asing, masih hilang.

    Walaupun laporan terdahulu menyatakan jumlah kematian seramai 1,344, angka itu kemudiannya disemak semula ke bawah.

    Pihak berkuasa China berkata sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh, manakala 531 yang lain masih hilang di Wilayah Autonomi Xizang barat daya, juga dikenali sebagai Tibet.

    Daripada mereka yang hilang, 850 adalah warga asing, menurut angka rasmi dari Nepal dan China, lapor Anadolu.

    Bencana itu berlaku pada 26 Ogos apabila sebuah glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, retak pada ketinggian kira-kira 5,200 meter (17,060 kaki), menurut Anadolu.

  • 2 maut, 2 cedera nahs pesawat kecil di California AS

    Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Sabtu di Fresno, sebuah bandar di negeri California AS, kata pihak berkuasa, lapor berita Xinhua.

  • 2 maut, 10 hilang gelongsoran lumpur, tanah runtuh di Jiangxi, timur China

    Dua orang disahkan maut dan 10 lagi masih hilang selepas gelongsoran lumpur dan tanah runtuh melanda bandar Ji’an di Wilayah Jiangxi, timur China pada pagi Sabtu, menurut berita Xinhua.

    Anggota bomba menemui mayat seorang mangsa yang sebelum ini hilang di dalam sebuah rumah runtuh di Kampung Mingkeng, pekan Gaoping pada pagi Ahad, Xinhua memetik pemberita di lokasi kejadian.

    Bencana itu berlaku selepas hujan lebat selama beberapa hari disebabkan oleh Taufan Saudel.

  • Peluru berpandu Iran hentam pengangkut pesawat, pemusnah AS

    Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata awal Ahad bahawa ia menyasarkan kapal pengangkut pesawat dan pemusnah tentera laut AS dengan peluru berpandu balistik, mendakwa kedua-duanya rosak dan berundur dari kawasan itu, menurut berita Anadolu.

    Menurut Anadolu, IRGC berkata dalam satu kenyataan diterbitkan oleh agensi berita IRNA bahawa pasukan aeroangkasanya melancarkan peluru berpandu ke arah dua kapal perang terbabit.

    Ia mendakwa kapal-kapal itu telah mengganggu kapal Iran dan mengambil bahagian dalam sekatan maritim, sambil menambah bahawa kedua-dua kapal perang itu meninggalkan kawasan terbabit selepas mengalami kerosakan.

    Menurut Anadolu, IRGC berkata Perintah Pusat tentera AS (CENTCOM) mengakui dua kapal perang tentera laut telah disasarkan, menggambarkan kenyataannya sebagai pengesahan operasi terbabit.

    Ia juga memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan AS yang berterusan akan mendapat tindak balas “lebih berat” daripada angkatan tentera Iran.

  • 3 maut selepas terjun dari kilang yang terbakar di Indonesia

    Tiga pekerja binaan terbunuh selepas terjun dari tingkat enam sebuah kilang yang terbakar di wilayah Sumatra Utara Indonesia pada Khamis, menurut berita Xinhua memetik polis tempatan.

    Kebakaran itu berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan di sebuah kilang sabun dikendalikan oleh Evyap Sabun Indonesia di Zon Ekonomi Khas Sei Mangkei di daerah Simalungun, kata jurucakap polis tempatan, Verry Purba.

    Mangsa, berumur antara 26 dan 43 tahun, adalah pembantu kimpalan yang bekerja untuk kontraktor pembinaan. Mereka terjun dari tingkat enam selepas api dan asap sampai ke kawasan kerja mereka dan bunyi seperti letupan kedengaran, kata Purba.

    Ketiga-tiga mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami ketika jatuh selepas dibawa ke hospital.

  • 1,252 maut, 4,875 hilang dalam gelongsoran lumpur di Nepal

    Jumlah kematian akibat gelongsoran lumpur dahsyat di Nepal pada 26 Ogos meningkat kepada 1,252, dengan 4,875 orang masih hilang setakat jam 10 pagi waktu tempatan pada Khamis, lapor berita Xinhua memetik polis.