Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan lebih 110 yang lain cedera dalam satu letupan dekat sebuah sekolah di wilayah Kunar, timur Afghanistan, pada Sabtu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengumumkan, menurut berita Xinhua.
Xinhua melaporkan, menurut kementerian itu, dapatan awal menunjukkan letupan berlaku di lokasi penyimpanan bahan letupan milik syarikat perlombongan, dekat sekolah di kawasan Andir Sir, Asadabad, ibu kota wilayah berkenaan.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada kecuaian dan langkah berjaga-jaga yang tidak mencukupi.
