332 mayat ditemui akibat banjir di Nepal

Sejumlah 332 mayat ditemui dari kawasan dilanda banjir di Nepal setakat 3:50 petang waktu tempatan Khamis, kata Polis Nepal dalam satu kenyataan, menurut berita Xinhua.

Anggota polis telah memindahkan keluarga dari kawasan berisiko banjir ke lokasi selamat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama agensi kerajaan lain dan penduduk tempatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Dua puluh tujuh pelancong asing telah diselamatkan, menurut Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan.