Tujuh orang terkorban dan 34 yang lain cedera dalam satu serangan tembakan semasa satu majlis pengebumian di kegabenoran Karak, selatan Jordan, kata Direktorat Keselamatan Awam Jordan pada Jumaat, lapor berita Xinhua.
Terdahulu direktorat itu berkata, kejadian itu berlaku apabila individu-individu bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah gereja di Karak.
Seorang jurucakap direktorat berkata dalam satu kenyataan bahawa perbuatan jenayah itu dilakukan oleh individu-individu yang belum dikenal pasti, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan secara intensif.
