Perkhidmatan Rahsia AS tahan seorang lelaki bersenjata dekat Rumah Putih didakwa ancam bunuh Trump

Seorang warga Venezuela ditahan dekat Rumah Putih selepas didakwa mengancam untuk membunuh Presiden AS, Donald Trump, menurut berita Anadolu.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) berkata pada Jumaat bahawa pegawai Perkhidmatan Rahsia telah menghampiri lelaki terbabit pada petang Khamis, setelah menyedari dia berkelakuan mencurigakan di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Washington, DC.

Suspek memberitahu pegawai terbabit bahawa suara-suara di dalam kepalanya telah mengarahkannya untuk pergi ke ibu kota itu dan membunuh Trump.

Pegawai memeriksa kenderaan terbabit, yang dilaporkan sebagai kenderaan curi, dan menemui tiga senjata api termasuk selaras raifal jenis AR-15 dan dua pistol bersama berpuluh-puluh butir peluru.

DHS menyifatkan suspek, Ronny Yordrix Guanipa Chrinos, sebagai seorang pendatang tanpa izin, lapor Anadolu.