“Kamu kalah dalam perang dan pilihan raya” — ketua keselamatan Iran perli Trump

Mejar Jeneral Mohsen Rezaei, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi (SNSC) Iran, mengejek presiden AS Donald Trump kerana melancarkan perang yang menyalahi undang-undang, mengingatkannya mengenai akibat daripada dasar agresifnya, serta memberi amaran agar tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan yang berbahaya, lapor berita IRNA.

“Kamu kalah dalam perang dan pilihan raya,” tulis Rezaei dalam satu hantaran di X pada Sabtu, yang ditujukan kepada Trump, yang mengheret AS ke kancah peperangan atas hasutan rejim Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu, menurut IRNA.