Serangan Kiev yang menyasarkan orang awam Rusia membunuh 86 orang antara 15 dan 24 Julai, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova pada Isnin, menurut berita Xinhua.
“Antara 15 dan 24 Julai, 86 orang terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan Ukraine, termasuk enam kanak-kanak; 409 yang lain cedera, antaranya 12 kanak-kanak,” kata Zakharova pada sidang akhbar.
Barat secara aktif bersubahat dengan serangan Kiev terhadap orang awam, termasuk kanak-kanak, melalui bekalan senjata, kata jurucakap itu kepada pemberita, lapor Xinhua.
Menurut Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Rusia, lebih 240 kanak-kanak terbunuh dalam serangan oleh pasukan Ukraine antara 2014 dan 2026, lapor Xinhua, kira-kira 1,225 yang lain mengalami kecederaan dalam pelbagai tahap.
“Tiada seorang pun di planet ini boleh mendakwa mereka tidak menyedari apa yang sedang berlaku,” kata Zakharova.
“Semua tindakan ini akan dikenakan hukuman, yang sedang dikuatkuasakan oleh Angkatan Tentera Rusia dan agensi penguatkuasaan undang-undang Rusia.”
