1 daripada 4 pelajar diselamatkan selepas hanyut ke laut di barat daya Jepun

Empat pelajar sekolah rendah dan menengah atas dihanyutkan ke luar pesisir semasa berenang di Prefektur Kagoshima di barat daya Jepun pada Jumaat, dengan seorang diselamatkan, menurut berita Xinhua memetik laporan penyiar awam NHK.

Pengawal Pantai Jepun terus mencari tiga yang lain.