8 maut, 12 cedera selepas bas terbalik di timur laut Brazil

Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 12 lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di negeri Bahia, timur laut Brazil, menurut berita Xinhua memetik polis pada Sabtu.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 11 malam waktu tempatan Jumaat dekata Iraquara, di wilayah Diamantina, dengan 22 penumpang di dalam bas terbabit, lapor Xinhua.

Tujuh orang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia kemudiannya akibat cedera walaupun telah menerima rawatan perubatan.