Anggota tentera maut, 11 cedera serangan hendap di selatan Filipina

Seorang anggota tentera yang cedera dalam serangan hendap pada malam Khamis di wilayah Basilan, selatan Filipina, diisytiharkan meninggal dunia pada Jumaat, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa tentera tempatan.

Serangan hendap yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata tidak dikenali itu berlaku sekitar jam 6.55 petang Khamis, menyasarkan anggota tentera yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan mereka menaiki sebuah trak.

Menurut Xinhua, media tempatan melaporkan sembilan lagi anggota tentera dan dua orang awam — seorang bapa serta anaknya — cedera dalam kejadian itu.