4 maut, ratusan ribu terputus bekalan elektrik selepas Taufan Isaias landa Florida, AS

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh pada Sabtu selepas Taufan Isaias melanda kawasan dekat Destin di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), sebagai ribut Kategori 2 yang berbahaya, sebelum melemah menjadi siklon pasca-tropika, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Mangsa termasuk dua orang yang maut akibat pokok tumbang di Florida dan Alabama, menurut pegawai.

Hampir 670,000 pengguna masih terputus bekalan elektrik di Florida, Alabama, Georgia dan Mississippi setakat tengah hari Sabtu, berdasarkan data daripada pemantau bekalan utiliti PowerOutage.us, lapor Xinhua