Sebuah bas yang membawa pelancong China terbalik di jalan yang indah dekat Queenstown di Pulau Selatan New Zealand pada Selasa, menyebabkan beberapa penumpang mengalami kecederaan ringan, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa.
Kemalangan itu dilapor berlaku di seksyen “Narrows” di Jalan Glenorchy-Queenstown pada pagi Selasa.
Konsulat Jeneral China di Christchurch memperbaharui nasihat perjalanannya untuk warga China yang melawat Pulau Selatan New Zealand.
Konsulat menggesa pelancong China untuk lebih berhati-hati, dengan menyatakan bahawa rantau itu kini berada dalam musim sejuk, dengan cuaca yang berubah-ubah, jalan yang licin dan sekali-sekala “ais hitam”.
