Dua juruterbang tentera maut nahas pesawat di barat daya Pakistan

Pesawat latihan tentera Pakistan mengalami nahas di barat daya negara itu pada Isnin, mengorbankan dua juruterbang, lapor berita Anadolu memetik tentera.

Pesawat latihan Mushshak terhempas dekat Quetta, ibu kota wilayah Balochistan di barat daya, akibat “masalah teknikal” semasa penerbangan latihan, kata tentera dalam satu kenyataan.

Dilaporkan, pengajar juruterbang, Mejar Husnain Shehzad Humayun, dan juruterbang pelatih, Kapten Abdul Samad terkorban dalam nahas itu.