Gempa 5.9 magnitud landa Ibaraki Jepun, gegaran kuat dirasai di Tokyo

Gempa bumi dengan magnitud awal 5.9 melanda Prefektur Ibaraki, timur laut Tokyo, menurut berita Xinhua memetik Agensi Meteorologi Jepun pada Ahad.

Gegaran itu dirasai kuat di ibu negara Jepun.

Gempa bumi itu berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan (1700 GMT) pada kedalaman kira-kira 70 km, berukuran bawah 5 pada skala keamatan seismik Jepun iaitu 7 di beberapa bahagian prefektur Ibaraki, Saitama dan Chiba serta Wad Adachi di Tokyo, kata agensi cuaca itu, lapor Xinhua.

Pusat gempa bumi itu terletak pada latitud 36 darjah utara dan longitud 140.1 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.