Empat orang terbunuh, 20 lagi cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan pada pagi Ahad, menurut berita Xinhua memetik angka awal dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Lubnan.
Berita
-
Sekurang-kurangnya 21 maut nahas bas di Cabo Verde
Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh selepas sebuah bas yang membawa pelajar terbabas dari jalan raya dan terjunam kira-kira 30 meter di Pulau Fogo, Cabo Verde pada petang Sabtu, lapor berita Xinhua memetik seorang pegawai perlindungan awam tempatan.
-
Angka maut banjir kilat Nepal-China meningkat kepada 1,362, pencarian diteruskan untuk 5,531 orang hilang
Jumlah kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur di sepanjang sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,362 pada Sabtu, manakala 5,531 orang masih hilang 10 hari selepas bencana itu melanda, menurut data rasmi, lapor Anadolu.
Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal berkata 1,331 orang terbunuh, manakala 5,000 yang lain, termasuk 589 warga asing, masih hilang.
Walaupun laporan terdahulu menyatakan jumlah kematian seramai 1,344, angka itu kemudiannya disemak semula ke bawah.
Pihak berkuasa China berkata sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh, manakala 531 yang lain masih hilang di Wilayah Autonomi Xizang barat daya, juga dikenali sebagai Tibet.
Daripada mereka yang hilang, 850 adalah warga asing, menurut angka rasmi dari Nepal dan China, lapor Anadolu.
Bencana itu berlaku pada 26 Ogos apabila sebuah glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, retak pada ketinggian kira-kira 5,200 meter (17,060 kaki), menurut Anadolu.
-
2 maut, 2 cedera nahs pesawat kecil di California AS
Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Sabtu di Fresno, sebuah bandar di negeri California AS, kata pihak berkuasa, lapor berita Xinhua.
-
2 maut, 10 hilang gelongsoran lumpur, tanah runtuh di Jiangxi, timur China
Dua orang disahkan maut dan 10 lagi masih hilang selepas gelongsoran lumpur dan tanah runtuh melanda bandar Ji’an di Wilayah Jiangxi, timur China pada pagi Sabtu, menurut berita Xinhua.
Anggota bomba menemui mayat seorang mangsa yang sebelum ini hilang di dalam sebuah rumah runtuh di Kampung Mingkeng, pekan Gaoping pada pagi Ahad, Xinhua memetik pemberita di lokasi kejadian.
Bencana itu berlaku selepas hujan lebat selama beberapa hari disebabkan oleh Taufan Saudel.
-
Peluru berpandu Iran hentam pengangkut pesawat, pemusnah AS
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata awal Ahad bahawa ia menyasarkan kapal pengangkut pesawat dan pemusnah tentera laut AS dengan peluru berpandu balistik, mendakwa kedua-duanya rosak dan berundur dari kawasan itu, menurut berita Anadolu.
Menurut Anadolu, IRGC berkata dalam satu kenyataan diterbitkan oleh agensi berita IRNA bahawa pasukan aeroangkasanya melancarkan peluru berpandu ke arah dua kapal perang terbabit.
Ia mendakwa kapal-kapal itu telah mengganggu kapal Iran dan mengambil bahagian dalam sekatan maritim, sambil menambah bahawa kedua-dua kapal perang itu meninggalkan kawasan terbabit selepas mengalami kerosakan.
Menurut Anadolu, IRGC berkata Perintah Pusat tentera AS (CENTCOM) mengakui dua kapal perang tentera laut telah disasarkan, menggambarkan kenyataannya sebagai pengesahan operasi terbabit.
Ia juga memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan AS yang berterusan akan mendapat tindak balas “lebih berat” daripada angkatan tentera Iran.
-
3 maut selepas terjun dari kilang yang terbakar di Indonesia
Tiga pekerja binaan terbunuh selepas terjun dari tingkat enam sebuah kilang yang terbakar di wilayah Sumatra Utara Indonesia pada Khamis, menurut berita Xinhua memetik polis tempatan.
Kebakaran itu berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan di sebuah kilang sabun dikendalikan oleh Evyap Sabun Indonesia di Zon Ekonomi Khas Sei Mangkei di daerah Simalungun, kata jurucakap polis tempatan, Verry Purba.
Mangsa, berumur antara 26 dan 43 tahun, adalah pembantu kimpalan yang bekerja untuk kontraktor pembinaan. Mereka terjun dari tingkat enam selepas api dan asap sampai ke kawasan kerja mereka dan bunyi seperti letupan kedengaran, kata Purba.
Ketiga-tiga mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami ketika jatuh selepas dibawa ke hospital.
-
1,252 maut, 4,875 hilang dalam gelongsoran lumpur di Nepal
Jumlah kematian akibat gelongsoran lumpur dahsyat di Nepal pada 26 Ogos meningkat kepada 1,252, dengan 4,875 orang masih hilang setakat jam 10 pagi waktu tempatan pada Khamis, lapor berita Xinhua memetik polis.
-
3 maut tembakan di Minneapolis AS
Dua orang terbunuh dan suspek meninggal dunia selepas kejadian tembakan pada Rabu di Minneapolis, bandar terbesar di negeri Minnesota AS, menurut berita Xinhua memetik lapor stesen televisyen tempatan KSTP.
Suspek maut akibat bunuh diri dan enam yang lain, termasuk tiga pegawai polis cedera, menurut Xinhua.
-
2 anggota kru terbunuh apabila kapal terbakar di luar pesisir pantai tenggara Sulawesi, Indonesia
Dua anak kapal terbunuh selepas sebuah kapal pendarat terbakar di perairan wilayah tenggara Sulawesi, Indonesia semasa belayar dari Jakarta ke Morowali, lapor berita Xinhua memetik seorang pegawai pihak berkuasa pelabuhan tempatan pada Rabu.
Hamjan, ketua pejabat Pihak Berkuasa Pelabuhan Raha, berkata insiden membabitkan Legenda Nusantara 699 berlaku pada Selasa. Semua 13 anak kapal dipindahkan, dengan tujuh terselamat tanpa kecederaan serius dan empat yang lain menerima rawatan rapi di hospital.
Kapal itu membawa peralatan berat dan bahan kimia apabila ombak kuat dipercayai menyebabkan kargonya beralih, mengakibatkan kebocoran tangki kimia yang mencetuskan kebakaran, kata Hamjan.
